Dasar ini menerangkan data apa yang Qrew kumpul apabila anda menggunakan perkhidmatan automasi WhatsApp kami, kenapa ia dikumpul, dan hak anda ke atasnya.
1. Data yang kami proses
- Data akaun: nama, e-mel, nama bisnes dan kata laluan (disimpan sebagai hash, bukan teks biasa).
- Data perbualan WhatsApp: kandungan mesej, cap masa dan wa_id pelanggan anda yang sampai melalui webhook Meta.
- Data konfigurasi: peraturan automatik, persona AI, dokumen knowledge base dan tetapan susulan.
- Data teknikal: log permintaan, alamat IP dan peranti untuk keselamatan dan penghapusan masalah.
2. Tujuan pemprosesan
- Menjawab mesej pelanggan anda melalui WhatsApp Cloud API.
- Menyimpan dan mengemas kini lead ke spreadsheet yang anda pautkan.
- Menghantar susulan mengikut peraturan yang anda tetapkan.
- Menyediakan sokongan, keselamatan dan pengebilan.
3. Perkongsian dengan pihak ketiga
Data dihantar kepada penyedia yang perlu sahaja: Meta (penghantaran mesej WhatsApp), penyedia model AI (penjanaan jawapan) dan penyedia pangkalan data yang kami hoskan. Kami tidak menjual data anda atau data pelanggan anda.
4. Penyimpanan dan keselamatan
- Data disimpan dalam pangkalan data Postgres berasingan bagi setiap akaun.
- Sambungan disulitkan semasa transit; akses dalaman terhad dan direkod.
- Setiap permintaan webhook disemak tandatangan X-Hub-Signature-256 sebelum diproses.
5. Hak anda
- Minta salinan data anda dalam format boleh dibaca mesin.
- Padam perbualan, memori AI atau keseluruhan akaun bila-bila masa dari tetapan.
- Tarik balik kebenaran memproses dengan menamatkan langganan.